Daftar Agen Ikhtiar Syifa

TERMA & SYARAT PENGEDAR IKHTIAR SYIFA SDN. BHD.
SYARAT ASAS
1) Tidak terlibat dengan perbuatan jenayah, amalan atau perubatan yang becanggah dengan syarak dan undang-undang negara.
2) Berakhlak mulia, tidak membuat atau menunjukkan perkataan atau tindakan yang boleh mencemarkan nama baik Ikhtiar Syifa.
PROMOSI DAN PEMASARAN
1) Pengedar bebas untuk mempromosi produk dengan pelbagai cara yang dirasakan selesa samada online atau offline.
2) Pengedar dibenarkan untuk menggunakan gambar dari website/fanpage rasmi IKHTIAR SYIFA HQ.
3) Page atau mana-mana medium yang dibangunkan khas untuk tujuan jualan produk Ikhtiar Syifa tidak dibenarkan dengan nama/title/username berikut "IKHTIAR SYIFA" "IKHTIAR SYIFA HQ" "IKHTIAR SYIFA MALAYSIA"
4) Tidak dibenarkan mempromosikan/menerbitkan bahan-bahan/kaedah/amalan rawatan perubatan Islam yang bercanggah dengan syariah.
DISIPLIN & KAWALAN HARGA
1) HQ akan memantau harga jualan yang dipasarkan oleh semua pengedar Ikhtiar Syifa.
2) Jualan harga wajib mematuhi ketetapan yang ditetapkan daripada HQ iaitu dengan konsep HARGA JUALAN TIDAK DIBENARKAN LEBIH RENDAH/MURAH daripada ketetapan HQ bagi segala aktiviti pemasaran.
3) Pihak syarikat berhak mengambil tindakan tegas dengan melucutkan status pengedaran serta merta sekiranya ia melanggari peraturan.
4) Semua pengedar tidak boleh memburuk-burukkan produk Ikhtiar Syifa atau membuat sesuatu perkara yang boleh mencemarkan nama baik ahli kumpulan atau syarikat.
3) Sekiranya perkara-perkara di atas didapati berlaku, pihak syarikat berhak mengambil tindakan tegas serta melucutkan status pengedar tersebut.
DASAR, PRIVASI & TERMA
Pihak syarikat berhak mengubah mana-mana bahagian di dalam terma dan syarat yang dinyatakan diatas dengan atau tanpa notis terlebih dahulu sekiranya diperlukan.
Kemaskini : 1 Januari 2023